Wednesday, November 23, 2011

remaja zaman skrang



AWAK MEMANG CANTIK DAN SEKSI DI FACEBOOK
Klik.. klik.. klik..
Klikan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia. Hanya melayari FB.. dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing).
Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :
1. Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat..)
2. Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial.
3. Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. perasan muka macam korea.. sambil berkata dalam hati “Oh.. comelnya aku”.. uwekk..
Entahlah.. mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang “anak dara”. Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit.
Pastu, mulalah kata “jangan jaga tepi kain orang”, “ini peribadi saya.. You apa sebokk”, “I tahu apa yang I buat..”, “ni facebook I, kalau tak suka boleh blah..”
Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..
Ada juga yang kata “U tu laki.. mana tau hati perempuan”.. Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaye diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu.
Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka “mengutip” kawan-kawan sebanyak mungkin.
Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. “Apa hobi kamu”.. dia menjawab “berkawan.. cari kawan.. kawan seramai mungkin..”. Erm.. dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB.
Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila “main hentam je pilih kawan”. Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. hubungan agak dingin.
Apatah lagi family..
Kita agak dingin dengan keluarga kita.. kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin. Kenapa kita tidak “berkawan” dengan keluarga kita?
Kalau anda ingin mencari kawan sekalipun, pilihlah dengan siapa anda berkawan. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara “tiba-tiba” ingin berkawan dengan anda, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee. Kenapa dia pilih anda?
Lalu, anda pun menjawab di dalam hati “Isy, ada orang nak kat saya la.. huhuhu, bestnya.. ”
Kemudian, anda akan meletakkan@menukar gambar anda.. dengan gambar yang lebih cun.. Menarik.. ada iras-iras Korea lah kononnya. Kenapa ya? Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..
Kawan oh kawan..
Sebagai anak dara, cuba anda fikirkan.. anda sangat berminat mengumpul setem. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata “album aku la paling lawa”.
Lalu anda pun pergi ke pejabat pos.. dan bertanya “Pak Cik, saya nak beli setem.. lantakla setem apa yang ada.. saya ada RM 20.
Pak Cik pun bertanya “Setem yang ada di sini, biasa-biasa je..”
Anda menjawab “Lantak lah.. saya minat kumpul setem.. jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin..
Anda terlupa album anda bukan besar sangat macam pejabat pos..
Erm, contoh ini agak lembut. Saya gunakan contoh yang kedua pula..
Anda sangat meminati serangga.. lalu anda pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..
Apa yang peliknya, anda “membalun” semua serangga yang ada di situ.. Anda tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah.. tebuan.. semut api, semut hitam, anai-anai.. dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.
Apabila orang bertanya kehairanan.. “Kenapa tangkap semua serangga ni? Lalat pun nak tangkap juga?”
Anda menjawab “Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya.. ”
Cuba fikirkan nasib anda dan FB anda pada masa depan. Cuba jadikan FB anda bermanfaat dan boleh membuahkan hasil.

Friday, November 18, 2011

JgN aBaiKaN P'kaRa bAEK

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan 
dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut.

(wallahua'lam)

Saturday, November 12, 2011

AdA JawaPan Di SebaLiK TampAraN

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...
Sebarkan pada MUSLIM yang lain..